Hanya bersarapan RM2.80, gadis berjaya simpan RM420,000 dalam lima tahun

Iklan
Mia berbuat demikian demi misinya untuk bersara awal pada umur 40 tahun.

LONDON - Hanya menikmati sarapan berharga £0.50 (RM2.80) setiap hari, seorang gadis 24 tahun berjaya mengumpul simpanan sebanyak £75,000 (RM420,000) dalam masa lima tahun.

Mia McGarth tekad berbuat demikian dengan mengurangkan perbelanjaan kerana dia merancang untuk bersara awal.

Iklan
Iklan

Katanya, dia juga mengelakkan daripada berbelanja membeli minuman kopi berjenama apabila keluar rumah selain tidak pernah mewarnakan kukunya.

"Saya makan sarapan pagi berupa telur dan roti setiap harga dengan harga RM2.80 setiap hari supaya boleh bersara pada umur 40 tahun.

Iklan

"Setakat ini, simpanan saya telah mencecah RM420,000 dan sebahagian daripadanya adalah hasil pelaburan saham,” katanya.

Tambah Mia, dia turut berjimat dengan tinggal di rumah dan tidak menyewa kediaman mewah selain turut hanya membeli pakaian terpakai.

Iklan

Katanya, dia kini sedang berusaha untuk menjadi seorang pesohor media sosial serta model fesyen.