Ketua PBB seru penyelesaian dua negara, gencatan senjata di Gaza

Iklan
António Guterres

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, menyeru kemajuan muktamad ke arah penyelesaian dua negara serta gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung pada Sesi Umum ke-19 Perhimpunan Parlimen Mediterranean di Rome malam tadi, Guterres menekankan keperluan mendesak untuk mencapai keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

Iklan
Iklan

Beliau turut menyatakan bahawa rantau itu sedang mengalami perubahan besar, namun hala tuju masa depan masih belum jelas.

Ketua PBB itu menambah bahawa tanggungjawab kini terletak pada masyarakat antarabangsa untuk memastikan penduduk Asia Barat dapat menghadapi cabaran ini dengan aman, bermaruah, dan harapan baharu berdasarkan tindakan yang nyata.

Iklan

Beliau turut menyoroti perubahan mendalam yang sedang berlaku di rantau itu, yang menghadapi ketidaktentuan tetapi juga peluang untuk perubahan. - Bernama-WAFA

Iklan