Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Februari

Iklan
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$117.7 bilion pada 14 Februari 2025.

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$117.7 bilion pada 14 Februari 2025 daripada AS$116.4 bilion pada 31 Januari 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Iklan
Iklan

Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (AS$105.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM634.34 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM527.02 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.95 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.70 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.61 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion), serta aset-aset lain (RM61.45 bilion).

Iklan
Iklan

BNM menjelaskan jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM634.34 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM196.07 bilion), mata wang dalam edaran (RM176.33 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM124.49 billion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.61 bilion), dan deposit lain-lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM10.71 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.96 bilion). - Bernama