ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga zon timur
Iklan
Pemain JDT Arif Aiman meraikan jaringan dengan rakan-rakan ketika menentang Pohang Steelers FC pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini. Foto Bernama
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga selepas kelab dari China Shandong Taishan FC menarik diri semalam.
Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman web rasmi kejohanan hari ini, skuad Harimau Selatan bimbingan Hector Bidoglio itu naik satu anak tangga daripada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata selepas beraksi tujuh perlawanan.
Iklan
Iklan
Juara Piala AFC 2015 dan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas sekali.
Dua kelab Jepun Yokohama F. Marinos dan Kawasaki Frontale berada di kedudukan dua teratas dengan masing-masing mengumpul 18 dan 15 mata.
Iklan
Melengkapkan kedudukan lapan pasukan teratas, sekali gus layak ke pusingan 16 kejohanan itu adalah Gwangju FC dari Korea Selatan, Vissel Kobe (Jepun), Buriram United (Thailand) serta wakil China iaitu Shanghai Shenhua FC dan Shanghai Port FC.
Mengikut format pertandingan, JDT dijadual menentang Buriram United dalam aksi pusingan 16 yang dijalankan secara timbal balik pada Mac ini.
Iklan
Semalam, AFC mengesahkan Shandong Taishan dianggap telah menarik diri daripada saingan di bawah Artikel 5.2 Peraturan Pertandingan selepas memaklumkan tidak menyertai perlawanan peringkat kumpulan menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan yang dijadualkan semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>