Kuarantin langkah elak kusta merebak - Exco
Iklan
Jalaluddin
PORT DICKSON - Kerajaan Negeri Sembilan pertahan pelaksanaan kuarantin di Kampung Orang Asli Kampung Chergun dan Guntur bagi memastikan penyakit kusta tidak merebak ke kawasan lain.
Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, walaupun ia merupakan kes terpinggir, namun kerajaan negeri mengambil langkah pencegahan bagi menangani isu terbabit.
Iklan
Iklan
"Maka kedua-dua kampung ini kita ambil tindakan untuk kuarantin termasuk kawasan-kawasan yang berkaitan dengan kunjungan orang ramai seperti Jeram Tengkek di tutup buat sementara waktu.
" Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mengambil tindakan untuk buat saringan dari masa ke masa.
Iklan
"Selain itu, pihak pejabat daerah, polis, KKM serta JPKK sedang mengambil tindakan untuk menyelaras serta membantu dua perkampungan ini untuk aktiviti harian mereka," katanya ditemui pada Majlis Perasmian Seminar Teknikal Sayur-Sayuran dan Jom Bertani 2025 di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan segelintir pihak berhubung kematian seorang remaja perempuan yang bukan berpunca daripada wabak kusta.
Iklan
Pada Rabu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin memaklumkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Kampung Orang Asli Chergun, Kuala Pilah disahkan meninggal dunia pada Isnin akibat wabak kusta manakala lapan lagi individu sedang dirawat.
Susulan itu, kerajaan negeri bersama Pejabat Kesihatan Daerah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil keputusan untuk melaksanakan kuarantin di kedua-dua kampung berkenaan.
Jalaluddin berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan laporan ADUN Juassseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengenai perkara berkaitan yang kerajaan boleh bantu untuk kawasan terlibat.
Pada masa katanya, kawasan itu ditutup daripada sebarang aktiviti keluar masuk selain menasihati orang ramai tidak berkunjung kedua-dua kampung berkenaan buat sementara waktu ketika kawalan wabak ini dijalankan.
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.