Konsert Pinkfish: Kematian tiga pengunjung disahkan akibat dadah perangsang

Iklan
Punca kematian tiga pengunjung konsert Pinkfish Countdown 2024 disebabkan daripada pengambilan dadah jenis perangsang. Gambar kecil: Hussein Omar

SHAH ALAM - Punca kematian tiga pengunjung konsert Pinkfish Countdown 2024 disebabkan daripada pengambilan dadah jenis perangsang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan patologi mengesahkan punca kematian mangsa terbabit adalah 'stimulant drugs intoxication'.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, punca kematian seorang lagi mangsa maut tidak dapat disahkan buat masa ini berikutan masih menunggu laporan patalogi.

"Laporan melibatkan seorang lagi mangsa masih belum diperoleh dan ia dalam tindakan hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambah beliau, mangsa masih berada di hospital dan kini dalam keadaan stabil namun memerlukan pemantauan rapi daripada pihak hospital.

Dalam pada itu katanya, seramai 53 saksi telah dirakam percakapan berhubung kes tersebut.

Iklan

Menurutnya, pihak polis masih meneruskan siasatan dan kes akan dirujuk ke koroner setelah siasatan lengkap.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pihak polis sedang menyiasat kematian empat pengunjung yang menghadiri konsert ambang tahun baharu itu di Bandar Sunway, dekat sini.

Pihak polis menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.