Mahasiswa lancar demonstrasi 'Indonesia Gelap'

Iklan
Sebahagian daripada 1,000 penuntut Universiti Indonesia (UI) yang menyertai demonstrasi itu di Depok, Jawa Barat.

JAKARTA - Badan eksekutif mahasiswa (BEM) dari pelbagai universiti melancarkan demonstrasi 'Indonesia Gelap' pada Isnin menuntut akauntabiliti terhadap beberapa dasar kerajaan pimpinan Presiden Prabowo Subianto yang didakwa tidak prorakyat.

Koordinator BEM Seluruh Indonesia (SI), Satria Naufal berkata, 'Indonesia Gelap' itu merujuk kepada ketakutan dialami rakyat terhadap masa depan negara.

Iklan
Iklan

"Ia juga meliputi isu kesejahteraan rakyat. Demonstrasi ini wajar menjadi peringatan buat pemerintah supaya membuat pertimbangan dalam pelbagai aspek," katanya sambil menambah era kepimpinan Prabowo terus dihantui tentang isu dan dasar yang tidak berpihak kepada rakyat.

Hashtag #IndonesiaGelap turut meraih perhatian di media sosial dan telah digunakan hampir 40,000 kali oleh pengguna di platform X.

Iklan

Sebelum berarak di jalan-jalan utama, kumpulan penuntut itu turut bergabung dengan Indonesia Corruption Watch (ICW) dan Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI).

Tunjuk perasaan itu turut merebak di beberapa provinsi termasuk Bandung, Lampung, Surabaya, Malang, Samarinda, Banjarmasin, Aceh dan Bali.

Iklan

Ia dijadualkan akan berlangsung hingga Khamis di beberapa wilayah lain terutamanya di sekitar kawasan Patung Kuda di Jakarta Tengah. - Agensi

Info

Antara tuntutan dibuat mereka ialah

>Kecekapan Kabinet Merah Putih dari segi struktur dan teknikal.

>Menggesa Prabowo mengeluarkan Peraturan Presiden mengenai Penyitaan Aset, menolak semakan Undang-undang TNI, Polri, dan Kejaksaan Agung, menilai keseluruhan pelaksanaan program Makanan Berkhasiat Percuma. >Mewujudkan pendidikan percuma, menolak semakan Undang-undang Perlombongan Mineral dan Arang Batu, menghapuskan dwi fungsi tentera, pembaharuan polis, menolak semakan peraturan prosedur Dewan Perwakilan Rakyat dan merealisasikan bajet untuk elaun pensyarah.