Biawak masuk kelas waktu pelajar orientasi

Iklan
Biawak yang tersesat di dalam bilik kelas di SMK Khir Johari, Sungai Sumun di sini berjaya ditangkap anggota APM Daerah Bagan Datuk.

BAGAN DATUK - Hari pertama persekolahan hampir mencetuskan suasana cemas apabila seekor biawak memasuki sebuah bilik kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Sungai Sumun di sini pada Isnin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk, Kapten Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada guru sekolah yang menyedari kehadiran haiwan tersebut pada jam 12.56 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan itu sepasukan anggota seramai empat orang bersama jentera ke lokasi berkenaan untuk menangkap haiwan tersebut.

"Setelah tiba di lokasi, anggota mendapati terdapat seekor biawak yang cedera berada di dalam sebuah bilik kelas di tingkat dua bangunan sekolah berkenaan.

Iklan

Anggota APM Daerah Bagan Datuk sedang menangkap seekor biawak yang tersesat di dalam bilik kelas di SMK Khir Johari Sungai Sumun di sini pada Isnin.

"Haiwan tersebut agak agresif cuba melibas anggota dengan ekornya sebelum berjaya ditangkap," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Mohd Fazly berkata, ketika kejadian tiada pelajar di dalam kelas kerana kesemua mereka sedang menjalani aktiviti orientasi yang disediakan oleh pihak sekolah.

Menurutnya, kejadian tersebut juga tidak melibatkan mangsa manakala reptilia dengan berat dianggarkan 7kg itu kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Bagan Datuk untuk tindakan selanjutnya.