SEREMBAN - Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan bertindak lebih tegas dalam melakukan penguatkuasaan di bazar Ramadan di Negeri Sembilan bagi memastikan tiada pekerja dan peniaga warga asing berniaga di tapak tersebut.
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.