Berpuasa dari perspektif psikologi Islamik, saintifik
Iklan
Dalam psikologi Islam, keseronokan ini boleh berbentuk duniawi iaitu mendapat makanan ketika berbuka dan berbentuk ukhrawi iaitu dapat bertemu Allah SWT di akhirat. Gambar hiasan
PEPATAH Inggeris mengatakan:"Anda adalah apa yang anda makan”. Tapi dalam konteks puasa, mungkin boleh diubah suai kepada:"Anda lebih bertaqwa apabila anda berlatih tidak makan (berpuasa).” Allah SWT berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu.” (Al-Quran, 2:183-184).
Berikut adalah soalan yang selalu ditanya tentang puasa dari perspektif psikologi.