Lelaki warga Singapura ditahan bersama 1.7kg dadah di Forest City

Iklan
M. Kumarasan

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan seorang warga Singapura bersama 1.7 kilogram heroin dan 67.13 gram syabu bernilai RM21,106 di sebuah pangsapuri di Forest City, di sini pada 12 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai sebagai runner ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam.

Iklan
Iklan

"Suspek disyaki berperanan membawa dadah ini untuk pasaran luar negara dan dia dipercayai menyewa pangsapuri berkenaan yang merupakan kediaman berpagar dan berpengawal," katanya pada sidang media di IPD Iskandar Puteri, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati warga Singapura itu positif dadah jenis Methamphetamine dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain dalam kegiatan pengedaran dadah itu.

Iklan

Kumarasan berkata, sebuah kereta jenis Audi A5 serta jam tangan jenama Nixon turut disita dalam serbuan berkenaan dengan keseluruhan rampasan termasuk dadah berjumlah RM53,656.

Beliau berkata lelaki itu direman selama tujuh hari bermula 12 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Iklan