Tiga murid daftar Tahun 1 di SK Pulau Aman, paling sedikit di Pulau Pinang
Iklan
Sekolah Kebangsaan Pulau Aman.
NIBONG TEBAL - Sesi persekolahan 2025/2026 yang bermula pada Isnin menyaksikan tiga murid Tahun Satu mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman, Batu Kawan dekat sini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, ia melibatkan dua lelaki dan seorang perempuan, menjadikan sekolah berkenaan menerima murid Tahun Satu paling sedikit di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Setakat hari pertama, terdapat 24 murid di SK Pulau Aman termasuk tiga orang yang mendaftar Tahun Satu dan kebanyakan mereka adalah anak serta cucu penduduk Kampung Pulau Aman.
"JPN Pulau Pinang berhasrat mengangkat SK Pulau Aman sebagai sekolah digital pada tahun ini dan kita akan berusaha sepenuhnya bagi merealisasikan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah di sini pada Isnin.
Iklan
Enam daripada 24 murid di SK Pulau Aman berulang-alik setiap hari ke sekolah menggunakan bot sebagai pengangkutan utama kerana tidak tinggal di pulau itu, selain tujuh daripada lapan guru turut berulang-alik menaiki bot ke sekolah.
Pulau Aman merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional yang didiami kira-kira 250 penduduk daripada 47 keluarga dan pulau itu dihubungkan jalan laut melalui Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan menaiki bot tambang melibatkan kira-kira 10 minit perjalanan.
Iklan
Sementara itu, Wan Sajiri berkata, sebanyak 20,192 murid Tahun Satu mendaftar di 269 sekolah di negeri ini, dengan keseluruhannya Pulau Pinang merekodkan 235,305 pelajar memulakan persekolahan di 396 sekolah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>