Noor Hisam dilantik sebagai Ketua Polis Perak baharu
Iklan
Noor Hisam
IPOH - Bekas Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Ketua Polis Perak baharu berkuat kuasa hari ini.
Noor Hisam, 58, menggantikan Datuk Azizi Mat Aris yang bersara pada 8 November tahun lalu.
Iklan
Iklan
Azri (kiri) dan Noormawati (kanan) memakaikan pangkat jawatan Ketua Polis Perak kepada Noor Hisam.
Sebelum ini jawatan tersebut dipangku Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad di Mes Pegawai Kanan Polis Perak di sini pada Isnin.
Iklan
Noor Hisam (kanan) serah terima tugas sebagai Ketua Polis Perak baharu daripada Zulkafli sambil disaksikan oleh Azri (tengah).
Dalam ucapannya, Noor Hisam menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan pasukan atas amanah dan kepercayaan menjawat jawatan Ketua Polis Perak.
Katanya, jawatan itu dengan sendirinya suatu amanah dan tanggungjawab besar dalam membawa Polis Perak di landasan yang betul selain memastikan keamanan dan ketenteraman awam di negeri ini terus terpelihara.
Iklan
"Insya-ALLAH, berbekalkan pengalaman yang ada digabungkan lagi dengan kredibiliti dan sumbangan idea daripada Timbalan Ketua Polis Perak serta kerjasama semua Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah, saya yakin untuk mengetuai Polis Perak ini," katanya.
Turut berlangsung, serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Perak yang baharu, Datin Noormawati Abdul Latip.
Noor Hisam pernah memegang beberapa jawatan sebelum ini antaranya Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan Timbalan Ketua Staf Operasi Darat dan Timbalan Ketua Staf Pasukan Khas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Menyertai polis sejak 1989, anak kelahiran Sungai Siput itu juga berjaya diserap masuk dalam 69 Komando selain pernah menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste pada Jun 1999 hingga 2000.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>