Dua beradik hilang di Kajang ditemukan di Gombak

Iklan
Dua beradik berumur 10 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang pada Khamis.

KAJANG - Dua beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah di sebuah pangsapuri di Taman Harmoni, Seri Kembangan di sini pada Khamis lalu telah ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ibu kepada kedua-dua mangsa masing-masing berusia 10 dan 15 tahun itu memaklumkan anaknya ditemukan di kawasan Gombak, Selangor pada Sabtu jam 8 malam.

Iklan
Iklan

Kata beliau, ibu mangsa yang juga pengadu kejadian kehilangan dua anaknya itu telah mengambil anak-anak tersebut.

"Kedua-duanya yang ditemui dalam keadaan sihat dan selamat kini berada dalam jagaan pengadu.

Iklan

"Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga menemukan dua kanak-kanak ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menerima laporan kehilangan pasangan adik-beradik, Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail pada Jumaat, jam 2.48 pagi.

Iklan