Pelajar Malaysia di Jordan meninggal dunia selepas tunai umrah

Iklan
Nur Ain Nabila meninggal dunia selepas pulang daripada menunaikan umrah pada 11 Februari lalu.

JORDAN - Pelajar jurusan Fiqh Wa Usuluh, Universiti Mu’tah iaitu Nur Ain Nabila Mohd Damin, 19, dilaporkan meninggal dunia selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada 11 Februari lalu.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya disebabkan serangan jantung.

Iklan
Iklan

Rakan arwah, Mohamad Syahmiel Izzuwa Mohamad Rosly turut berkongsi kisah saat-saat akhir sahabatnya itu sebelum 'pergi' menghadap Ilahi.

"Nur Ain Nabila tiba di Mu’tah dengan menaiki bas selepas selesai menunaikan umrah bersama rombongan pelajar lain.

Iklan

"Dia pengsan tiba-tiba di dalam bas dan dibawa ke hospital berdekatan menaiki ambulans. Pihak hospital melakukan kaedah pernafasan kecemasan (CPR) sebaik arwah tiba di wad kecemasan, keadaannya kembali normal.

"Namun, lebih kurang 10 minit kemudian bacaan jantungnya dikatakan semakin menurun dan lemah sebelum disahkan meninggal dunia," katanya kepada media baru-baru ini.

Iklan

Mohamad Syahmiel memberitahu, jasad Nur Ain Nabila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mu’tah, di sini sebaik selesai diuruskan di Hospital Al-Karak Jordan.

Difahamkan, jenazah selamat disemadikan sewaktu ibunya tiba di sana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Nur Ain Nabila.

Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii yang dalam kerangka lawatan ke Jordan sempat menziarahi keluarga arwah bagi menyampaikan keprihatinan dan sokongan moral.