Polis belum terima laporan kematian bayi mangsa dera
Iklan
SIBU - Sehingga lewat petang ini, Polis Sibu masih belum menerima laporan rasmi berkaitan kematian bayi lelaki Aariz Harraz Zahin Azman yang koma disyaki menjadi mangsa dera pengasuh di sebuah rumah di Jalan Permai di sini Isnin lalu.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit yang dihubungi mengesahkan, mangsa yang berusia sembilan bulan itu telah kematian otak pada 9.10 pagi tadi.
Iklan
Iklan
"Keputusan ujian ke atas otak mangsa untuk kali kedua pagi tadi masih lagi kekal sama dan masih bergantung kepada mesin bantuan oksigen,” katanya.
Menurut beliau, ibu bapa mangsa yang merupakan guru masih belum bersedia untuk menghentikan mesin sokongan hayat yang dipasang pada bayi itu.
Iklan
"Pihak hospital telah bersetuju dengan pengadu dan isteri untuk menghentikannya pada esok hari. Jika denyutan jantung mangsa berhenti secara tiba-tiba hari ini, bantuan CPR tidak akan dibuat,” katanya.
Bayi malang yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dilaporkan mengalami pendarahan otak dan bengkak kedua-dua mata selain mengalami keretakan tulang di bahagian kiri kepala.
Iklan
Ibu kepada mangsa, Hajijah Tahir di dalam akaun Facebook beliau yang menggunakan nama"Hzah Jazman” pasrah dan reda denga ketentuan tersebut.
"Ku pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi, Ya Allah, terima kasih pinjamkan Aariz Harraz Zahin,” katanya dalam status yang dimuatnaik pada lebih kurang 11 pagi tadi.
Ramai di kalangan netizen yang bersimpati melahirkan perasaan sedih mereka dan memberikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Mangsa berada dalam keadaan lemah ketika dibawa dari rumah suspek di Taman Permai di sini sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.
Bayi itu dipercayai telah dihentak pada permukaan keras atau digoncang dengan kuat oleh suspek berusia 39 tahun yang disahkan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan operasi pusat asuhan kanak-kanak.
Suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Difahamkan pihak polis akan menyiasat kes tersebut dari setiap sudut secara terperinci untuk melihat sekiranya kes itu boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.