Bekas PM Mauritius ditangkap kes pengubahan wang haram

Iklan
Pravind Jugnauth

NAIROBI (Kenya) - Bekas Perdana Menteri Mauritius, Pravind Jugnauth dan isterinya, Kobita Raouf Gulbul, ditahan pada Ahad sebagai sebahagian daripada siasatan pengubahan wang haram yang sedang dijalankan, peguam mereka mengumumkan.

Menurut Anadolu Ajansi, pasangan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa, kata peguam itu kepada pemberita.

Iklan
Iklan

Suruhanjaya Jenayah Kewangan, yang mengetuai siasatan, mengesahkan penahanan itu dan melaporkan rampasan kira-kira 114 juta rupee Mauritius (kira-kira AS$2.4 juta) semasa pencarian di pelbagai lokasi, termasuk kediaman pasangan itu.

Pegawai turut merampas tiga beg pakaian dan sebuah beg mengandungi mata wang tempatan dan asing, bersama-sama jam tangan mewah, termasuk lima jam tangan Cartier.

Iklan

Penangkapan itu telah mencetuskan reaksi meluas, dengan tokoh pembangkang menuntut ketelusan penuh.

Pravind Jugnauth, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2017 hingga 2024, telah menghadapi penelitian undang-undang pada masa lalu. Pada 2011, beliau ditahan berkaitan dengan skandal MedPoint tetapi kemudiannya dibebaskan.

Iklan

MedPoint ialah skandal rasuah berprofil tinggi yang melibatkan pembelian hospital swasta oleh kerajaan pada harga yang didakwa melambung tinggi.

Suruhanjaya Jenayah Kewangan belum lagi mendedahkan pertuduhan khusus terhadap bekas pemimpin itu, dan kerajaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut. - Bernama-Anadolu