KOTA KINABALU - Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah bangunan kondominium di Inanam, di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa warga tempatan dipercayai berusia belasan tahun ditemui terjatuh di atas bumbung sebuah kereta di lokasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut daripada pengawal keselamatan yang menemui mangsa selepas terdengar bunyi dentuman di sebuah kereta.
"Pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia dan telah disahkan doktor dari Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) di lokasi kejadian.
"Hasil siasatan mendapati, mangsa tinggal bersama keluarga angkat sejak ayahnya meninggal dunia pada Mei 2024," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.