KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas sisa elektronik (e-waste) dalam serbuan di kilang memproses sisa pelupusan di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, di sini pada Sabtu.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan menerusi Op Hazard itu melibatkan kerjasama Batalion 8 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dengan lelaki berusia 47 tahun yang bekerja sebagai penjaga kilang ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 34B(1)(b) & (c) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.