Pesawat Tentera Laut AS lakukan pendaratan cemas di Filipina

Iklan
Pesawat itu terpaksa mendarat di Pulau Balesin pada tengah hari Sabtu selepas dilaporkan mengalami kerosakan enjin. Gambar hiasan

MANILA - Sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) melakukan pendaratan cemas di sebuah pulau kecil di luar wilayah Quezon, timur Manila kerana masalah enjin, kata polis tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut polis, pesawat itu terpaksa mendarat di Pulau Balesin pada tengah hari Sabtu selepas dilaporkan mengalami kerosakan enjin.

Iklan
Iklan

Semua individu di dalam pesawat itu dalam keadaan selamat, kata polis.

Sebanyak dua pesawat Tentera Laut AS dari pangkalan tentera di Subic di pantai barat Pulau Luzon, telah diterbangkan ke pulau berkenaan untuk membawa juruteknik bagi membaiki pesawat yang mengalami masalah itu, menurut laporan media tempatan pada Ahad.

Iklan

Kedutaan AS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan. - Bernama/Xinhua

Iklan