Remaja lelaki maut, 5 cedera dalam serangan pisau

Iklan
Seorang remaja lelaki maut manakala lima yang lain cedera parah dalam serangan pisau di Villach, selatan Austria pada Sabtu. Foto AP

ISTANBUL - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut manakala lima yang lain cedera parah dalam serangan pisau di Villach, selatan Austria pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Polis mengenal pasti suspek sebagai pencari suaka Syria berusia 23 tahun yang ditahan di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurut polis, seorang pekerja penghantaran membantu mencegah kecederaan lanjut dengan memandu kenderaannya ke arah penyerang.

Pemandu itu, juga seorang lelaki Syria berkata, beliau menyaksikan serangan berkenaan ketika melalui kawasan itu dan sengaja melanggar suspek dengan kenderaannya.

Iklan

Disebabkan undang-undang Austria, identiti penyerang tidak didedahkan, namun polis mengesahkan suspek berusia 23 tahun itu menetap di kawasan berkenaan.

Suspek memegang permit kediaman sementara dan sedang menunggu keputusan permohonan suakanya. - Bernama

Iklan