Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal

Iklan
Pelancong dan penduduk tempatan didapati khayal dan ketawa tidak henti akibat menghidu asap dari kebakaran ladang ganja di Pattaya. Foto Agensi

PATTAYA - Sebuah ladang ganja di Pattaya, Thailand dilaporkan terbakar menyebabkan penduduk sekitarnya khayal akibat menghidup asap kebakaran terbabit.

Menurut akhbar Thai Matichon, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.

Iklan
Iklan

Perkhidmatan kecemasan, termasuk polis tempatan, pegawai bantuan bencana dan penyelamat sukarela telah dikerahkan untuk menyiasat di lokasi kejadian.

Anggota bomba yang bertindak pantas dengan trak air berjaya mengawal kebakaran dan mengelakkannya daripada merebak ke bangunan lain.

Iklan

Namun, sebaliknya terjadi apabila penduduk tempatan dan pelancong didapati 'ketawa tidak henti' selepas menghidu asap kebakaran tersebut.

Selain itu, segelintir daripada mereka turut mengalami pening dan mata merah dipercayai akibat terdedah terlalu lama dengan asap kebakaran itu

Iklan

Keadaan didapati pulih beberapa jam selepas itu.

Pemilik ladang tersebut, Kanchana,40, menjelaskan bahawa perniagaannya telah mendapat permit secara sah untuk menanam pokok ganja.

Dia mengesyaki kebakaran bermula daripada litar pintas elektrik yang melibatkan panel lampu untuk loji penyiraman pokok sehingga mengakibatkan api merebak pantas.

Tambahnya, anggaran kerugian mencecah 200,000 baht (RM26,320). - Agensi