Suspek kes bunuh Norshamira direman tujuh hari

Iklan
Suspek kes bunuh Norshamira (kiri) direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Norshamira Zainal (kanan).

KUANTAN - Suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, yang mayatnya ditemui di tepi Sungai Kuantan, berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lalu direman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga 21 Februari depan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

Iklan
Iklan

Suspek berusia 53 ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang memakai kemeja-T dan berkain pelekat diiringi polis keluar dari lokap kira-kira jam 2.30 petang selepas perintah reman dikeluarkan.

Iklan
Suspek diiringi anggota polis keluar dari lokap mahkamah selepas perintah reman dikeluarkan pada Sabtu.

Sebelum itu, polis berjaya menahan penganggur itu jam 5.30 pagi di sebuah rumah, di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataan sebelum ini berkata, tangkapan ke atas lelaki itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang dan Terengganu.

Iklan

Menurutnya, susulan penahanan suspek, polis menemui dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.