Kecoh majlis ilmu Gus Iqdam pasang lagu dugem

Iklan
Penganjur mendakwa kononnya mahu membuat kelainan pada acara pengajian tersebut. (Gambar kecil: Gus Iqdam)

BLITAR - [DIKEMAS KINI] Nama Muhammad Iqdam Kholid atau lebih dikenali sebagai Gus Iqdam kembali meraih perhatian di media sosial.

Pada kali ini, pengajian Gus Iqdam mengejutkan banyak pihak setelah ia seperti sebuah konsert, gara-gara menggunakan muzik dugem (dunia gemerlap) atau DJ yang biasa diperdengarkan di kelab malam.

Iklan
Iklan

Rakaman acara itu turut menjadi tular di beberapa platform media sosial yang menunjukkan majlis ilmu berbeza daripada kebiasaan oleh Pemerintah Kabupaten (Pemkab) Pacitan, Jawa Timur di Indonesia.

Menerusi klip itu, muzik dugem itu diputarkan selama seminit sebelum persembahan hadrah.

Iklan

"Dan inilah hadrah Pusat Sabilu Taubah," kata pengacara itu yang disusuli alunan muzik itu dan sorakan para hadirin apabila diminta mengangkat tangan masing-masing dan bersorak seperti pengunjung sebuah konsert.

Pengajian itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi warganet dan kebanyakannya mengecam tindakan tersebut.

Iklan

"Yang menghancurkan agama Islam, ya umatnya sendiri," ujar seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi warganet mengesahkan lagu itu adalah asli dan video tersebut turut dikongsi Pemkab Pacitan di YouTube.

Sementara itu, Pengurus Pondok Pesantren (Ponpes) Sabilu Taubah, Ilham Burhanuddin alias Jebor ketika dihubungi detikJatim mengesahkan klip yang mengundang kecaman banyak pihak itu.

"Ia berlangsung dua minggu lalu. Memang begitu muziknya. Ia adalah lagu pembukaan," menurutnya. - Agensi