Aminolhuda dilantik Pengerusi PH Johor

Iklan
Aminolhuda

JOHOR BAHRU - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri dan juga pengarah pilihan raya PH negeri.

Ketua Penerangan PH Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pelantikan itu dipersetujui dalam mesyuarat kepimpinan PH pada Khamis yang turut membincangkan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Iklan
Iklan

"Mesyuarat tersebut telah menyusun semula kepimpinan PH Johor bagi memastikan hala tuju parti lebih mantap.

"Selain itu penyusunan semula ini diharap dapat mempersiapkan jentera menghadapi pilihan raya dengan lebih tersusun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mesyuarat itu turut menyaksikan beberapa perubahan dalam struktur kepimpinan PH Johor, iaitu jawatan Timbalan Pengerusi kini disandang oleh Pengarah PKR Johor merangkap Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, serta Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Selain itu, Idris Jiat dilantik sebagai Setiausaha, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, S Gopalakrishnan sebagai Bendahari, manakala Sheikh Umar sendiri kekal sebagai Ketua Penerangan.

Iklan

Kata Sheikh Umar, PH Johor akan terus memberikan komitmen untuk terus membawa agenda reformasi dan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi cabaran politik yang semakin mencabar.