Premis warga asing digempur di bandar Puncak Alam
Iklan
Sebuah restoran diperiksa dan didapati melanggar beberapa peraturan - Foto MPKS
KUALA SELANGOR - Premis perniagaan dikendalikan warga asing digempur 35 anggota Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menerusi operasi bersepadu di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di sini.
MPKS dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di empat lokasi berbeza pada Khamis itu turut disertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit II (Selangor).
Iklan
Iklan
Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, operasi itu bertujuan memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan tempatan oleh premis perniagaan khususnya dikendalikan oleh warga asing.
Operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komunit - Foto MPKS
"Di lokasi pertama, sebuah restoran diperiksa dan didapati melanggar beberapa peraturan. Dua kompaun dikeluarkan berkaitan lesen dan iklan manakala satu notis berhenti perniagaan juga dikenakan. Beberapa barang seperti kerusi, meja, tong gas dan dapur gerai disita.
Iklan
"Lokasi kedua juga membabitkan sebuah restoran yang didapati melakukan lebih banyak pelanggaran. Empat kompaun dikeluarkan kerana operasi tanpa lesen, iklan tidak sah dan pencerobohan kaki lima.
"Notis berhenti perniagaan turut dikeluarkan dan barang seperti tong gas, meja makan, kerusi dan dapur gerai disita,” menurut kenyataan itu.
Iklan
MPKS berkata, serbuan di lokasi ketiga pula, empat kompaun dikeluarkan kerana halangan, ketiadaan lesen, iklan tidak sah dan isu tanjakan.
Jelasnya, notis berhenti perniagaan turut dikeluarkan dan barang seperti penyedut vakum, tong sabun, pam angin, pam air, dan mesin ‘fogging’ disita.
Pemeriksaan bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di empat lokasi berbeza - Foto MPKS
"Di lokasi keempat, dua kompaun dikeluarkan kerana ketiadaan lesen dan iklan tidak sah. Notis berhenti perniagaan juga dikeluarkan dan barang seperti penyedut vakum, pemampat udara, tong bancuh sabun, pam angin dan pam air disita.
"Selain itu, SSM turut mengambil tindakan di lokasi ini iaitu Tindakan Kompaun Terus mengikut Kaedah 17A (2) APP 1956 kerana tidak mempamerkan papan tanda nama perniagaan dan nombor perniagaan,” ujarnya.
MPKS menambah, tindakan tegas itu diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pematuhan dalam kalangan peniaga, khususnya warga asing terhadap peraturan ditetapkan PBT.
"Operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat," ujarnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>