PGA tumpas sindiket pemerdagangan manusia, 2 tekong dan 20 PATI ditahan

Iklan
Dalam serbuan jam 4 pagi itu seramai dua warganegara India, Myanmar (3) serta Indonesia (15) dicekup semasa penugasan Op Taring Wawasan. - Foto: PGA

KOTA BHARU - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan dua tekong serta 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika melakukan serbuan di sebuah hotel di Jalan Tok Guru, di sini pada Khamis.

Dalam serbuan jam 4 pagi itu, dua warga India, Myanmar (3) serta Indonesia (15) dicekup semasa penugasan Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua PATI terbabit ditemukan di luar hotel serta bilik berasingan.

"Hasil siasatan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua PATI terbabit ditemukan di luar hotel serta bilik berasingan - Foto: PGA

Iklan

"Mereka dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwarta oleh dua tekong berusia 36 dan 54 tahun," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Menurut beliau, dua buah kenderaan serta telefon bernilai RM98,000 turut dirampas.

Iklan

Ujarnya, kes terbabit disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007.