Eda Ezrin beri keterangan di Mahkamah Wilayah Narathiwat esok

Iklan
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, akan memberi keterangan berkait dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN

NARATHIWAT, THAILAND - Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, akan memberi keterangan berkait dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada Jumaat.

Terdahulu pada Khamis, suami penyanyi terbabit, Mohd Affendi Ahmad, 35, selesai memberikan keterangan bersama dua lagi tertuduh Mohamad Alif Deraman, 33, dan Nur Aida Mamat, 33.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Zuhaira Nasrin, 36, dan Erdieka Mohd Noor, 33, akan turut memberikan keterangan bersama Eda Ezrin dan mahkamah akan kembali bersidang pada Jumaat untuk mendengar keterangan tiga tertuduh terbabit.

Pada pagi Khamis seorang anggota polis dan dua pekerja hotel telah memberikan keterangan.

Iklan

Sebelumnya pada Selasa tiga anggota polis telah menjadi saksi pendakwaan kes terbabit.

Kesemua tertuduh diwakili oleh peguam yang dilantik oleh keluarga.

Iklan

Sinar Harian pada 14 Januari lalu melaporkan Eda Ezrin dan lima lagi rakannya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Kesemua tertuduh mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.

Bagaimanapun mereka tidak mengaku memiliki 6,059 biji pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok di sini pada 1 November lalu.

Sementara itu, Erdieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memasuki Thailand tanpa dokumen rasmi dan menduduki negara ini secara tidak sah.