Pesara wanita, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Iklan
Kedua-duanya yang curiga telah membuat semakan dengan pihak bank dan terkejut apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing telah lesap. Foto hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua mangsa telah melihat tawaran cabutan bertuah yang kononnya ditawarkan sebuah bank tempatan di laman sosial berkenaan pada 11 Februari lepas dan menekan pautan yang tersedia bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, walau bagaimanapun mereka diminta mendedahkan maklumat perbankan masing-masing bagi mendapat hadiah yang ditawarkan.
"Mangsa lelaki yang berusia 50 tahun dan wanita yang berumur 60 tahun itu kemudiannya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan mereka telah mendaftar aplikasi bank berkenaan di telefon bimbit.
Iklan
"Kedua-duanya yang curiga telah membuat semakan dengan pihak bank dan terkejut apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing telah lesap," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azli berkata, pesara dan guru itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan polis turut menerima lima lagi laporan berkaitan modus operandi penipuan yang sama, namun tidak melibatkan kerugian.
Iklan
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan modus operandi sindiket penipuan yang licik dan sentiasa berubah-ubah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>