Pemilihan PKR: AMK perlu pemimpin berani, berwibawa
Iklan
AMK memerlukan kepimpinan baharu diterajui individu berani dan berwibawa yang akan bertanding jawatan Ketua AMK bagi pemilihan PKR Mei ini. Gambar kecil: Muhammad Faezuddin
JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) memerlukan kepimpinan baharu diterajui individu berani dan berwibawa yang akan bertanding jawatan Ketua AMK bagi pemilihan PKR Mei ini.
Naib Ketua AMK Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad berkata, pengalaman dan ketokohan dimiliki Timbalan AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim menjadikan beliau calon terbaik untuk diketengahkan.
Iklan
Iklan
"AMK Malaysia perlu diterajui oleh seorang pemimpin yang berani, berwibawa, dan mempunyai rekod kerja yang baik.
"Dengan ketokohan serta pengalaman yang dimiliki Muhammad Kamil adalah pilihan terbaik untuk memimpin AMK ke arah masa depan parti yang lebih dinamik.
Iklan
"Saya percaya bahawa kepimpinan baharu AMK Malaysia perlu diterajui oleh seorang pemimpin yang berani, berwibawa, dan mempunyai rekod kerja yang baik," katanya dalam muat naik di Facebooknya pada Khamis.
Sebelum itu media melaporkan, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan mengakui wujudnya permintaan daripada akar umbi supaya beliau bertanding bagi jawatan Ketua AMK.
Iklan
Katanya, atas dasar itu beliau sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan terbabit pada pemilihan yang berlangsung Mei ini.
PKR sebelum ini menetapkan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) pada 24 Mei ini.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh dilaporkan berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang, wanita cabang dan AMK cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.
Pemilihan PKR kali 'panas' apabila parti itu berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, cadangan itu berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>