KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi yang berkaitan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu diputuskan sewaktu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 selepas pembentangan kepada Kementerian Ekonomi pada Rabu.