Nelayan jumpa rangka manusia di tepi pantai

Iklan
Rangka manusia yang ditemui seorang nelayan di tepi pantai Kuala Sungai Badong Merchong pada Isnin. Foto ihsan PDRM

PEKAN - Pihak polis sedang mengesan waris susulan penemuan rangka manusia tanpa identiti di tepi pantai Kuala Sungai Badong Merchong dekat Nenasi di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, rangka itu ditemui oleh seorang nelayan pada jam 7 petang di lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semakan telah dibuat dengan ketua kampung dan penduduk Kampung Badong, Merchong dan Nenasi

"Namun tiada orang hilang dilaporkan di kawasan terbabit. Sehingga kini tiada laporan berkaitan orang hilang di daerah tersebut.

Iklan

"Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Othman Mohamad di talian 0129886155 untuk proses padanan DNA (ujian asid deoksiribonukleik) dan menuntut rangka itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, rangka tersebut kini berada di Unit Forensik Hospital Pekan.

Iklan