'Selepas ini boleh bawa Azizah' - Anwar Ibrahim

Iklan
Anwar memandu kenderaan elektrik keluaran Turkiye dengan Erdogan duduk di sebelahnya.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk membawa isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan elektrik keluaran Turkiye jenama TOGG, T10X.

Menerusi satu rakaman video, Anwar turut tidak menyangka, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yakin beliau memandu kenderaan tersebut yang merupakan pemanduan sebelah kiri.

Iklan
Iklan

Ia sekali gus mengundang pertanyaan lanjut daripada Erdogan sebelum Anwar menjelaskan beliau jarang memandu.

Dalam perjalanan itu, Anwar turut mengakui kualiti penebat bunyi kenderaan berkenaan.

Iklan

"Ya. Ia sangat senyap,” katanya lagi.

Kenderaan itu merupakan hadiah Erdogan kepada Anwar sebagai simbol persahabatan akrab yang terjalin antara mereka.

Iklan

Ia diserahkan kepada Anwar sempena lawatan rasmi dua hari pemimpin terbabit ke Kuala Lumpur bermula Isnin lalu.

Anwar akan menggunakan kenderaan itu selagi mana memikul tanggungjawab sebagai pemimpin Malaysia dan akan dipulangkan kepada negara apabila tugasnya selesai.

TOGG merupakan kenderaan elektrik nasional pertama Turkiye.