'Mereka berani perlekeh undang-undang kita'
Iklan
Warga asing mengerumuni tempat perjudian di sekitar hentian bas Klang pada Ahad.
KLANG - Perjudian bola golek dikesan antara aktiviti yang dilakukan oleh sebahagian warga asing dari Bangladesh di kawasan stesen bas lama Klang atau lebih dikenali sebagai Bus Stand Klang.
Tinjauan yang dilakukan Sinar Harian mendapati aktiviti perjudian itu dilakukan di sebuah lorong yang tersorok daripada pandangan orang ramai.