[VIDEO] Pembinaan rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan ikut permintaan lokaliti

Iklan

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan pembangunan perumahan mampu milik yang bakal dilaksanakan di Wilayah Persekutuan mengambil kira permintaan mengikut lokaliti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah ini penting memandangkan ketiga-tiga wilayah berkenaan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mempunyai keperluan berbeza.

Iklan
Iklan

"Saya sentiasa berpandangan bahawa pembangunan hendaklah membawa erti dan manfaat kepada rakyat, bukannya sekadar menambah bangunan sebagai peluang kepada pemaju meraih keuntungan.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) mengenai langkah diambil kerajaan bagi merancakkan pembangunan perumahan mampu milik di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Iklan
Dr Zaliha

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sentiasa komited dalam memastikan bekalan rumah mampu milik di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sentiasa mencukupi.

Malah katanya, kerajaan turut berjaya mencapai 91 peratus daripada sasaran yang ditetapkan dalam menyediakan rumah mampu milik khususnya bagi warga di Wilayah Persekutuan bagi tempoh 10 tahun.

Iklan

Beliau menambah, kejayaan berkenaan hasil perancangan teliti semua pihak terlibat menerusi insentif dan kemudahan yang telah disediakan untuk semua pemaju perumahan yang bersama-sama dengan kerajaan.

"Saya percaya baki lebih kurang 7,000 unit lagi akan dapat kita capai dalam tempoh berbaki tiga tahun lagi. Insya-ALLAH,” katanya.