Wanita cedera mulut selepas makan mercun disangka gula-gula

Iklan
Mercun shuang pao yang akan meletup jika ditekan atau dipijak. - Agensi

BEIJING - Seorang wanita di barat daya China mengalami kecederaan di mulut selepas tersilap makan mercun yang disangkakan gula-gula getah.

Mangsa, Wu dari Chengdu di wilayah Sichuan berkongsi pengalamannya di media sosial dengan mendedahkan dia terkeliru dengan pembungkusan mercun yang dikenali sebagai 'shuang pao' dengan gula-gula susu sehingga menyebabkan mulutnya cedera.

Iklan
Iklan

Shuang pao yang diterjemahkan menjadi 'mercun tekan' yang mampu meletup tanpa menggunakan sebarang pencucuh api.

Keunikan mercun itu menyebabkan ia sering menjadi pilihan semasa majlis perhimpunan keluarga atau perayaan Tahun Baharu Cina.

Iklan

Dalam temu bual bersama Elephant News pada 5 Februari lalu, Wu menceritakan bahawa mercun terbabit dibawa pulang oleh adik lelakinya.

"Saya fikir ia menyerupai gula-gula susu dinikmati semasa kecil. Apabila saya membukanya dan memasukkannya ke dalam mulut, ketika itulah ia meletup,” jelas Wu.

Iklan

Gambar yang dimuat di media sosial menunjukkan bahawa mercun itu dibalut dengan kertas plastik yang ditutup dengan kerajang aluminium dengan menyerupai pembungkusan yang biasanya digunakan untuk pil ubat-ubatan.

Insiden itu cepat tular secara meluas dalam kalangan netizen di tanah besar China, apabila ramai daripada mereka bersetuju bahawa pembungkusan mercun seperti kapsul itu dilihat amat mengelirukan.

Malah, ada netizen yang memuat naik imej pembungkusan mercun itu ke enjin carian pengecaman imej yang mengenal pasti ia sebagai 'kuih-muih'.

Seorang individu menyatakan bahawa pembungkusan itu bertujuan untuk mengelakkan kelembapan semasa diangkut dari satu tempat ke tempat lain. - Agensi