Perlawanan Real Madrid, Manchester City pertembungan clásico
Iklan
Carlo Ancelotti
PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menyifatkan perlawanan pertama playoff Liga Juara-Juara menentang Manchester City sebagai aksi clásico.
Sebagai rekod, kunjungun Madrid ke Stadium Etihad pada Rabu diikuti Santiago Bernabeu Khamis depan akan menjadi kali kelima dalam tempoh enam tahun kedua-dua pasukan itu bermain satu sama lain dalam fasa kalah mati.
Iklan
Iklan
Biarpun juara Sepanyol dan Inggeris itu masing-masing telah mara dua kali sebelum ini, Ancelotti ternyata mempunyai penilaian tersendiri mengenai kedua-dua pasukan.
"Ia seolah-olah perlawanan klasik kerana kami telah bermain antara satu sama lain banyak kali dalam pertandingan ini.
Iklan
"Malah keputusan perlawanan akan banyak bergantung kepada sikap dan keyakinan pasukan. Ia adalah permainan peringkat tinggi, anda perlu menjadi terbaik dalam setiap aspek.
"Ya, ia adalah saingan terbaik dengan pengurus terbaik, pasukan melepasi kelayakan mempunyai kemungkinan untuk pergi lebih jauh dalam kejuaraan ini," ujar Ancelotti.
Iklan
Sebagai rekod, Real Madrid mendahului La Liga, manakala City di tangga kelima Liga Perdana Inggeris dengan 15 mata di belakang Liverpool.
Namun Ancelotti juga percaya angkatan Guardiola adalah pasukan musuh paling sukar dijinakkan Los Blancos.
"Mereka adalah salah satu pasukan terbaik di Eropah, mereka mempunyai pengurus terbaik di luar sana jadi ia adalah perlawanan paling sukar yang boleh kami hadapi tanpa mengira bentuk.
"Ia adalah mimpi ngeri membuat persediaan menentang City kerana Pep Guardiola sentiasa mempunyai idea yang membuatkan anda berfikir.
"Dia sentiasa cuba bermain dengan baik, membawa banyak perkara kepada bola sepak dari segi permainan menyerang, membawa bola keluar dari belakang dan dia telah menjadi seorang inovator dan terus menjadi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>