Keunikan budaya harus dirai, bukan jadi elemen pemisah - PM

Iklan
Anwar (tengah) berkata, negara tidak akan aman dan maju sekiranya titik perbezaan diperbesar serta prinsip kerukunan dikesempingkan.

SHAH ALAM - Keunikan budaya dan amalan berbeza harus diraikan sebagai kekuatan, bukan menjadi elemen pemisah.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perayaan Thaipusam disambut penganut Hindu setiap tahun bukan sahaja melambangkan simbol ketabahan, keazaman dan pengorbanan tetapi menjadi tonggak utama semangat perpaduan dalam negara.

Iklan
Iklan

"Tatkala ribuan penganut Hindu berkumpul menunaikan nazar dan menzahirkan pengorbanan, kita saksikan satu manifestasi kekuatan yang kolektif iaitu cerminan masyarakat berdiri teguh dalam nilai kemanusiaan, kasih sayang serta saling memahami.

"Ini menjadi bukti masyarakat negara boleh bersatu dalam suasana penuh rasa hormat, kebersamaan dan kekeluargaan.

Iklan

Tambah Anwar, negara tidak akan aman dan maju sekiranya titik perbezaan diperbesar serta prinsip kerukunan dikesempingkan.

Menurutnya, setiap perayaan yang berlainan dan unik seharusnya difahami oleh setiap rakyat negara yang cintakan kedamaian dan menjunjung prinsip berdamping.

Iklan

"Saya sering beranggapan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang bertuah kerana dikurniakan kepelbagaian untuk dijadikan ruang saling mengenali dan berkasih sayang bukan menyebar serta memicu kebencian.

"Justeru, mari bersama membenih semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian dan memperkukuh kasih sayang.

"Hanya dengan memahami dan menghormati satu sama lain, kita dapat menjamin sebuah negara bertamadun, bermaruah dan makmur buat semua,” katanya.