KULIM - Projek naik taraf Masjid Al-Muhtadin, Kariah Sungai Seluang, dekat sini yang berjaya disiapkan dalam tempoh lebih kurang setahun dengan pembiayaan projek lebih RM6 juta mampu memberikan keselesaan kepada 1,500 jemaah pada satu-satu masa.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Isahak Murat berkata, kedudukan strategik masjid ini menjadi tempat menunaikan ibadah masyarakat setempat serta menjadi tempat persinggahan para musafir dan pekerja kilang di sekitar kawasan Taman Teknologi Tinggi Kulim.