COLOMBO - Gara-gara seekor monyet menceroboh sebuah stesen janakuasa, kira-kira 22 juta penduduk di Sri Lanka menghadapi gangguan bekalan elektrik di seluruh negara.
"Haiwan itu telah mengusik pengubah grid di kemudahan itu hingga menyebabkan ketidakseimbangan pada sistem,” ujar Menteri Tenaga, Kumara Jayakody.