KUALA LUMPUR - Pertemuan antara kerajaan dan Arm Limited membuktikan bahawa dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional serta lain-lain kelebihan negara terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, pertemuan tersebut menyaksikan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited, Will Abbey disertai Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, bertukar pandangan mengenai hala tuju teknologi pengkomputeran bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama dalam ekosistem semikonduktor dan pusat data.