Lari pemeriksaan polis gara-gara panik berduaan dengan teman wanita

Iklan
Kejadian itu tular di media sosial memaparkan suspek bersama seorang wanita diarah keluar dari Toyota Hilux sebelum ditahan tiga anggota polis.

SEREMBAN - Panik berdua-duaan bersama teman wanita dalam kereta menjadi punca seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bertindak memecut laju sewaktu pemeriksaan polis di Garden Avenue di sini.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi video berdurasi enam saat memaparkan suspek bersama seorang wanita diarah keluar dari pacuan empat roda itu sebelum ditahan tiga anggota polis.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada Ahad sekitar jam 7.15 petang ketika anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Seremban 2 melakukan rondaan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kenderaan berwarna putih itu berhenti di tepi jalan dan dalam keadaan mencurigakan.

Iklan

"Ketika hendak melakukan pemeriksaan, suspek terus memecut pacuan empat roda itu melalui arah bertentangan Jalan Kayu Ara dan bertindak agresif dengan menghimpit kenderaan anggota polis.

"Pacuan empat roda itu berjaya ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek melarikan diri kerana panik semasa berdua-duaan bersama teman wanita," katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Tambah beliau, siasatan turut mendapati suspek menggunakan kenderaan syarikat tanpa lesen memandu.

Ujarnya, kes di siasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan polis menyeru kerjasama orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.