Trump berdegil, tetap mahu beli Gaza

Iklan
Operasi pembersihan sisa runtuhan di Gaza juga masih belum dijalankan selepas lebih dua minggu perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa. Gambar kecil: Trump

BATON ROUGE - [DIKEMAS KINI] Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tetap berdegil mahu membeli dan memiliki Genting Gaza meskipun menerima bantahan keras komuniti antarabangsa.

Trump turut menawarkan bahagian yang musnah akibat perang genosid selama lebih 15 bulan kepada negara lain di Asia Barat untuk dibangunkan semula.

Iklan
Iklan

"Kami mahu memastikan Hamas tidak lagi dapat memegang kuasa di Gaza. Tempat itu sudah binasa sepenuhnya.

"Tiada apa lagi yang tinggal untuk didiami. Semuanya akan dirobohkan," katanya dengan angkuh semasa disoal tentang pelan kontroversi itu ketika dalam pesawat rasmi, Air Force One untuk menghadiri kejohanan Super Bowl Liga Bola Sepak Kebangsaan di New Orleans pada Ahad.

Iklan

Trump yang melancarkan pengusiran golongan pendatang dari Washington secara tiba-tiba menyatakan tentang kemungkinan menerima sejumlah pelarian Palestin di AS berdasarkan kes tertentu.

Anggota Biro Politik Hamas, Ezzat El Rashq bagaimanapun mengecam kenyataan terbaharu itu.

Iklan

"Gaza bukan harta untuk dijual beli. Ia adalah sebahagian tanah milik kami dan penduduk Palestin akan menggagalkan rancangan pemindahan paksa itu," ujarnya.

Sehingga kini, masih tidak jelas AS akan menggunakan bidang kuasa apa untuk merampas Gaza setelah Trump menghebahkan idea mengarut untuk menjadikan enklaf itu sebagai 'Riviera Asia Barat'.

Difahamkan, Trump bakal bertemu pemimpin Arab termasuk Jordan dan Mesir yang terus membantah pelan bertentangan dengan penyelesaian dua negara itu serta berisiko mencetuskan huru-hara di rantau berkenaan. - Agensi