'Jadikan pengajaran isu imam digantung tugas'

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan isu khutbah Jumaat. Gambar kecil: Hasnul Zulkarnain

IPOH - Penggantungan sementara tugas empat imam masjid susulan isu tidak membacakan teks khutbah Jumaat disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 31 Januari lalu perlu dijadikan pengajaran.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, perkara itu membuktikan ketegasan pihak berkuasa agama negeri dalam memastikan semua pihak termasuk imam dan khatib mematuhi peraturan ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Mereka diberi keistimewaan dan terpilih daripada ribuan ustaz yang memohon tauliah untuk berkhutbah di atas mimbar.

"Gunakan kesempatan khatib itu dengan sebaik-baiknya untuk mendidik, menasihati dan membentuk peribadi umat Islam.

Iklan

Minggu lalu, Hasnul Zulkarnain yang juga bekas Exco Kerajaan Perak membuat laporan polis susulan tindakan seorang imam di sebuah masjid di Teluk Intan yang didakwa enggan membaca teks khutbah disediakan JAIPk.

Laporan polis itu dibuat setelah imam tersebut mengakui membaca teks khutbah yang disediakan pada tahun 2023, bukan teks khutbah terkini.

Iklan

Sebelum itu, sebuah portal melaporkan seorang khatib di Parit Buntar membaca teks Khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Teks khutbah Jumaat yang disediakan JAIPk pada 31 Januari lepas mendapat perhatian umum selepas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Perak, Muhammad Rif'aat Razman mempersoalkan pemilihan tajuk khutbah itu yang menurutnya seakan-akan menyinggung Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang juga bapanya.

Mengulas lanjut, Hasnul Zulkarnain berkata, laporan polis tersebut dibuat atas rasa tanggungjawab rakyat Perak yang mahukan keharmonian ibadah umat Islam tidak dikacau ganggu atas kelemahan yang disengajakan atau tidak disengajakan pihak tertentu.

"Saya bertindak dalam isu ini kerana institusi masjid dan Sultan Perak wajib dihormati.

"Sebagai bangsa Melayu beragama Islam, Tuanku Sultan adalah payung kepada keamanan negeri," katanya.