Nelayan tercampak dari bot ditemukan lemas

Iklan
Mayat mangsa dijumpai terdampar di muara Sungai Keluang, di Besut sekitar jam 12.40 tengah hari pada Ahad.

BESUT - Seorang nelayan ditemukan lemas dipercayai tercampak ke laut selepas bot dinaiki dilambung ombak dalam kejadian di muara Sungai Keluang, di sini pagi Ahad.

Mangsa, Mohd Fatihil Asrol Mat Zailani, 39, ditemukan terdampar di muara sungai berkenaan kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian jam 10.15 pagi.

Mayat mangsa diusung selepas dijumpai terdampar di muara Sungai Keluang pada Ahad.

"Difaham, mangsa telah tercampak ke laut dari bot ketika dalam perjalanan pulang ke darat.

Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) mangsa dijalankan pasukan penyelamat di sekitar kawasan itu dan mangsa ditemukan selepas hampir tiga jam operasi dijalankan," katanya ketika ditemui pemberita di Muara Sungai Keluang di sini pada Ahad.

Mayat seorang nelayan ditemukan terdampar di kawasan muara Sungai Keluang selepas kira-kira tiga jam SAR dijalankan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Operasi SAR tersebut melibatkan seramai 41 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk polis, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).