Misteri pesawat hilang

Iklan
Kehilangan pesawat Boeing 777 yang membawa 239 orang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China, menarik perhatian seluruh dunia.

PARIS - Kemalangan pesawat penumpang sangat jarang berlaku dan menurut Persatuan Pengangkutan Antarangsa (IATA), lebih 30 juta penerbangan penumpang berjaya berlepas dan mendarat tanpa insiden saban tahun.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pesawat yang dilaporkan hilang dan tidak berjaya dikesan sehingga hari ini di mana penyiasat membuat kesimpulan semula penumpang dan anak kapal telah meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Berikut adalah insiden kehilangan pesawat penumpang yang pernah direkodkan di seluruh dunia.

1. Penerbangan EgyptAir Flight 804 ( 19 Mei 2016)

Iklan

Walaupun data penerbangan digital dan perakam suara kokpit ditemui daripada serpihan pesawat Airbus 320 yang membawa 66 orang dari Paris, Perancis ke Kaherah, Mesir, misteri kehilangannya masih menyelubungi penyiasat bagaimana pesawat itu terjunam ke dalam perairan sedalam 3,962 meter di timur Laut Mediterranean.

EgyptAir Flight 804. - Agensi

2. Penerbangan Malaysia Airlines MH370 (8 Mac 2014)

Iklan

Kehilangan tanpa dijumpai sehingga hari ini membabitkan pesawat Boeing 777 yang membawa 239 orang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China, menarik perhatian seluruh dunia dan telah mengelirukan penyiasat.

Selepas komunikasi terakhir pesawat di ketika terbang di Laut China Selatan selepas 38 minit berlepas, radar tentera menunjukkan ia kemudiannya melencong di luar laluan dan terbang ke arah barat ke arah Lautan Hindi sebelum isyarat hilang.

3. Penerbangan Flying Tiger Line 739 (16 Mac 1962)

Sebuah pesawat sewa yang dikendalikan Flying Tiger Line, 93 Army Rangers A.S dilaporkan hilang ketika menjalankan misi rahsia semasa Perang Vietnam.

Selepas mengisi bahan api di Guam, pesawat yang membawa tiga anggota tentera Vietnam dan 11 anak kapal dilaporkan hilang tanpa dikesan sehingga hari ini.

Penerbangan Flying Tiger Line 739 - Agensi

4. Penerbangan Pan Am 7 (9 November 1957)

Pesawat Boeing 377 Stratocruiser yang berlepas dari San Francisco ke Honolulu dengan 36 penumpang dan lapan anak kapal dalam pengembaraan mengeliling dunia dilaporkan terputus hubungan secara tiba-tiba dengan menara pusat kawalan.

Selepas operasi pencarian selama lima hari, kapal pengangkut Tentera Laut Amerika Syarikat menemui 19 mayat pada kedudukan 1,609 kilometer ke timur Honolulu. Baki 25 mangsa tidak ditemui sehingga hari ini.

Penerbangan Pan Am 7. - Agensi

5. Penerbangan Canadian Pacific Air Lines (21 Julai 1951)

Ketika Perang Korea tercetus, sebuah pesawat jenis Douglas DC-4 berlepas dari Vancouver, Kanada,menuju ke Tokyo, Jepun, untuk membantu dalam operasi pemindahan tentera atau Korean Airlift.

Ketika kejadian, pesawat terbabit membawa 31 penumpang dan enam anak kapal dilaporkan hilang kira-kira 90 minit sebelum mendarat dio Tokyo. Pasukan penyelamat daripada AS dan Kanada yang menjalankan operasi mencarinya tidak menemui sebarang sepihan pesawat tersebut. - Agensi

Canadian Pacific Air Lines. - Agensi