Kian Ming nafi melobi jawatan Duta Besar Malaysia ke AS

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai kenyataan Nazri bahawa Kian Ming perlu berterus terang maju jawatan Duta ke AS.

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming menafikan dakwaan beliau melobi untuk jawatan Duta Besar Malaysia ke AS.

Memetik sebuah portal, Kian Ming berkata, beliau tidak layak untuk jawatan tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, walaupun yakin boleh melakukan kerja lebih baik daripada bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz namun calon yang beliau fikirkan lebih sesuai untuk peranan itu.

"Cara pemikiran Nazri adalah 'UMNO sekolah lama', memikirkan orang lain selepas ini atau jawatan itu.

Iklan

"Saya tidak layak berdasarkan kriteria yang saya kemukakan dan tidak mempunyai akses secara langsung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya pada Sabtu.

Sebelum ini, Mohamed Nazri menempelak kenyataan Kian Ming yang mendakwa beliau ‘gagal’ mengatur panggilan telefon antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump.

Iklan

Nazri menyifatkan gesaan Kian Ming sebagai tidak relevan, selain beranggapan bekas wakil rakyat berkenaan sebenarnya mahu ‘menjual diri’ supaya dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke AS.

Dalam kenyataannya, Nazri turut mempersoalkan tindakan Kian Ming yang mencadangkan beberapa nama lain, termasuk Nurul Izzah Anwar dan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, sebagai pengganti beliau di Washington.