Mohamad Sabu tinjau pemulihan terumbu karang di Pulau Payar

Iklan
Mohamad Sabu meninjau status terkini pemuliharaan terumbu karang serta perkembangan aktiviti konservasi marin di Taman Laut Pulau Payar. Foto FB Mohamad Sabu

ALOR SETAR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini meninjau status terkini pemuliharaan terumbu karang serta perkembangan aktiviti konservasi marin di Taman Laut Pulau Payar.

Dalam lawatan kerjanya itu, Mohamad berkata, beliau turut menyaksikan program penanaman 300 terumbu karang di Pusat Taman Laut Pulau Payar yang menandakan permulaan bagi menggiatkan semula aktiviti restorasi karang di kawasan taman laut itu selepas dihentikan sementara.

Iklan
Iklan
Mohamad Sabu (dua dari kiri) ketika meninjau status terkini pemuliharaan terumbu karang serta perkembangan aktiviti konservasi marin di Taman Laut Pulau Payar. Foto FB Mohamad Sabu

"Alhamdulillah, aktiviti pemuliharaan terumbu karang kini kembali berjalan setelah dihentikan sementara sejak 2 Julai 2024 berikutan fenomena kelunturan karang yang melanda perairan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Mohamad berkata, beliau turut melepaskan benih gamat sebanyak 120 ekor sebagai sebahagian daripada langkah pemuliharaan spesies marin berharga itu.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan kelestarian ekosistem marin dan pemuliharaan biodiversiti di perairan negara khususnya di kawasan taman laut.

Menurut Mohamad, Jabatan Perikanan akan terus memainkan peranan utama dalam memantau dan mengawal selia aktiviti pemuliharaan terumbu karang bagi menjamin keseimbangan ekosistem laut negara. - Bernama

Iklan