'Tak nak bermanja dengan kakak ke, nanti dah tak boleh' - Gurauan terakhir SchaYang

Iklan
Kenangan yang tinggal antara Nur Syazwani (kiri) Nur Syahirah. Gambar kanan: Nur Syahirah (kanan) dan Muhamad Syahmi yang mendirikan rumah pada bulan lalu.


KOTA BHARU - Adik pengantin wanita ‘Menara Kembar Petronas’, Nur Syahirah Saufi, 28, sebak mengingatkan pelawaan kakaknya yang mengajak dia untuk bermanja buat kali terkahir sebelum wanita itu mengadu sakit dada dan meninggal dunia pada Khamis.

Nur Syazwani Najihah, 18, juga anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, dia rapat dengan kakak keduanya terbabit dan mereka kerap menghabiskan masa berbual-bual bersama-sama hampir setiap malam.

Iklan
Iklan

"Saya selalu pergi ke bilik kakak untuk berbual dan kakak memang penyayang selain ada berpesan supaya saya perlu lebih berdikari selepas ini.

Jenazah Nur Syahirah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sering selepas Jumaat.

Iklan
Nur Syahirah

Nur Syahirah juga pempengaruh dikenali sebagai SchaYang dan bekerja di sebuah spa terbabit dijangka berhenti kerja dan berpindah serta tinggal bersama suaminya, Muhamad Syahmi Zulkifli, 27, di Paka Terengganu selepas Aidilfitri ini.

SchaYang yang mempunyai pengikut seramai 86,200 di TikTok meninggal dunia jam 11.30 malam di rumahnya di Pengkalan Datu di sini.

Iklan

SchaYang menerima jolokan pengantin ‘Menara Kembar Petronas’ kerana berketinggian 186 sentimeter (cm) dan berkahwin dengan Muhamad Syahmi yang berketinggian 195cm pada 30 Januari lalu.

Nur Syazwani memberitahu, keluarga yang berkeadaan gembira dalam tempoh seminggu perkahwinan itu kini bertukar sugul dengan pemergian Nur Syahirah.

Katanya, dia juga masih terkejut dengan pemergian Nur Syahirah kerana sebelum itu mereka sedang berbual dan bergurau senda di ruang tamu rumah mereka.

Menurut Nur Syazwani, sebelum itu, pada Isnin kakaknya yang turut menghidap sakit jantung itu sudah ke hospital swasta untuk rawatan kerana sakit dada dan dibenarkan pulang.

"Kami cuba membantu sambil menghubungi ambulans untuk membawa kakak ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang datang ke rumah,” katanya.