PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Kementerian itu, yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, dalam nasihat medianya pada Jumaat berkata, ia memantau keadaan dengan teliti dan menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke Belgium untuk sentiasa berwaspada serta mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa tempatan.